Skip to main content

Minal Aidilwalfaizin

Heh... Pejam celik pejam celik dah habis puasa.

Berbanding puasa tahun-tahun sebelum ni, tahun ni agak mencabar jugaklah bagi abang. Bukan sebab cuaca ke apa tapi sebab kena gastrik!

Kalau lapar tuh kira kacang aje tapi bila dah mengastrik nih ha kejap pening kepala, kejap nak gelap dunia.

Begitu pun puasa tetap diteruskan.

Ada yg cadangkan abang minum susu kambing, jadi abang beli lah setin.

Bau susu kambing ni toksah cakap lah. Sendawa lepas minum pun rasa mcm kari kambing aje. Jangan esok lusa aku bau kambing sudahlah!

Pertama kali minum susu kambing masa perut kosong. Bila perut kosong minum susu kambing lagi lah menjadi pening tuh. Mula-mula jelah... Sudah bbrp hari lepas tuh, dah tak rasa sangat.

Dari terbang duit beli susu kambing yg mahal ni baik aku berenti lah minum kopi dan makan yg pedas2 buat masa nih.

Berenti maksud langsung tak jamah dah.

Kalau nak makan atau minum jugak, tengok lah dulu mcm mana... Bagi lah keadaan kembali pulih dulu gitu kan.

Raya pulak mmg aku tak buat sebarang persiapan satu habuk pun. Pikir nak save duit lah utk dijoli kemudian hari. Dalam kepala dah banyak benda nak dirembat.

Save sangat lah tu, baru ni dah terbang duit beli set trial SK-II. Baju raya tak beli, bereskaytu raya lah kau nampaknya!

Setakat baru pakai dua kali ni, rasanya mcm not bad jugak. Kalau serasi dengan abang, akan beli yg full set lah.

Maklumlah kita dah usia senja ni, merawat dan menjaga itu semakin mahal kekdahnya.

Masa abang menaip ni, masih lagi tau kat tempat kerja! Dalam jam 8 gitu baru abang gerak balik rumah. Ikut hati mmg nak cabut awal, tapi tengok lah mcm mn.

Ni balik pun mungkin panggil Uber atau Grab. Kereta mogok lah pulak! Harap ada lah kalau tak nangis lah duduk di tempat kerja lama lagi.

Bercakap pasal ucapan raya, menunggu jugak abang nih kalau ada sesapa wish. Tapi hahhhh... Sampai mid night selepas pengumuman takde sekor pun.

Nak tak nak terpaksalah abg wish je kat bbrp ekor anak ikan. Boleh lah dapat balasan dari takde.

Sodih sungguh kan hidup abang!

Comments

Popular posts from this blog

Oh Pietro Boselli

Masa mula diperkenalkan, lebih kurang setahun yang lalu oleh seorang kenalan dari mIRC, abang rasa mamat Pietro Boselli ni lah lelaki paling kacak di dunia (tolak Jesse Metcalfe) Agak-agaklah kalau dibandingkan dengan nabi Yusof, berapa lah peratus ketampanan* yang dianugerahkan tuhan pada Pietro Boselli nih yg juga merupakan bekas prof matematik. Dah le ada rupa yang menarik, tubuh yang sador, bijak pulak tuh. Pendek kata, pakej dia ni lengkap! Berbekalkan pakej yg ada Pietro Boselli ni pun bertukar kerjaya menjadi model pula. Tuah badan kan? Bergambar pakai seluar dalam aje dah boleh bikin duit. Agaknya kalau abang gila-gila pos gambar berbikini, apa akan jadi? Abang yakin 10 dari 10 netizen akan kecam tindakan abang tuh. Entah2 tular dan dimalukan di dunia maya. Parodi menyusul dan bermacam belog akan kongsi gambar tuh... Kalau Pietro Boselli lain lah kan? Abang ada lah jugak mengikuti instagram Pietro Boselli ni. Baru-baru ni pula melanggan pada akaun yout...

Love, Rosady

Baru abang berkesempatan tengok citer ni sesambil tunggu waktu berbuka petang semalam. Jalan citer biasa je kut, dilema remaja nak mendedahkan identiti gaynya disulam dengan misteri crush melalui emel. Yg abang tergoda nak tgk citer ni sebenarnya tidak lain tidak bukan sbb pelakon utama yg memegang watak Simon tuh, Nick Robinson. Merembeskan hormon testosteron setiap kali Nick Robinson keluar di skrin. Taste betul abang dengan budak ni sejak tgk dia berlakon dalam Jurassic Park. Geram je! Tak silap dalam tiga filem dah abang tgk lakonan dia ni. Yg satu lagi tu abang dah lupa. Walaupun watak Nick Robinson dalam filem ni gay, tapi dia sebenarnya normal. Lelaki lurus. Aisehmen gigit jarilah abang2 top kat luar sana ya. Takpe jangan sedih2 sgt... dapat tgk dia topless dlm filem ni pun cukuplah utk stok lancap di kala ke gersangan. Hahahaha... 6.3/10

Ronie Palermo

Lepas gugel kecemasan tadi akhirnya jumpa jugak nama jejaka berbonjolan ghairah dalam entri sebelum nih. Namanya, seperti yg tertera pada tajuk entri hari nih. Subuh-subuh tu hapdet belog... Wakakaka... Tak banyak yg aku boleh kutip pasal jejakal jambu bertubuh kekar nih. Rasanya cukuplah dulu gambar ni buat pemuas visual dan ingin tahu... Hiks. Kalau sesiapa ada maklumat tentang anak ikan nih kongsi2 kan di ruang komen ya. Untuk itu, sekali lagi abang tinggal korang dan ketemu lagi di entri akan datang yg entah bila lagi nak hapdet kannn... Abang janji akan jenguk2 selalu sini ya.