Terlajak layan plak aku siri ni di Netflix dan merasakan ada elemen-elemen buli yg aku pernah sendiri alami masa sekolah dulu. Mungkin tidak lah seteruk seperti apa yang watak Hannah alami tapi dari segi emosi terganggu juga. Nasiblah masa aku sekolah dulu aku tak nampak diri aku sebagai mangsa. What doesn't kill me will make me strong . Itu tak cerita lagi mcm mana tekanan emosi yg aku terima di rumah. Dalam keadaan naluri memberontak seorang remaja bertemu pula dengan ibu-bapa yang " overbearing ", abusive attitude menjadikan tahun-tahun remaja aku gelap. Salah kecil lupa tutup lampu pun jadi satu kesalahan yg boleh disamakan dengan membunuh. Leteran berpanjangan seolah-olah terlupa padam lampu tu menjejaskan keperluan tenaga negara. Maki hamun aku jawab dengan diam. Leteran aku terpaksa telan. Nak kata kami ni senang tidak jugak. Bilangan adik beradik (pada masa itu) hanya dua sahaja. Nak kata susah sampai boleh bangkrap gara-gara satu lampu kalimantang...
Gerak, gertak dan gelaknya