Skip to main content

My Silence

Ralit bersembang dengan anak ikan sekor ni tak sedar dah pukul dua pagi.

Masa nak letak kepala kat bantal baru teringat tak hapdet belog. Nilah budak sekor ni punya pasal dalam hati aku merungut. Nasiblah ko kendo kalau tidak, tak kwasa aku nak melayan.

Budak ni baru je habis belajar dan terus diambil oleh kampeni mengisi jawatan yg telah dikosongkan oleh senior-senior. Ini pulak kerja pertama dia. Baru setahun dua tuh, tapi dah buat hal. Bila pengurusan ambil tindakan nak pindahkan jabatan baru gagau nak berhenti kerja.

Selaku abang senior, aku hanya mampu memberi nasihat cepat-cepat lah cari kerja baru... Hahaha...

Kita ni kalau fikir nak kerja lama kat satu-satu tempat tuh jangan lah bawak kepala hotak sendiri. Bawak-bawak lah bertolak ansur dan bekerja dalam satu pasukan.

Kalau ada berselisih faham tu lumrah lah. Jangan lah sampai tak bertegur sapa. Lepas tuh sendiri-sendiri pulak.

Lazimlah kat tempat kerja, ko buat baik pun mmg akan ada mulut mengata.

Tengok jelah jabatan yg aku kendalikan. Kita beri kelonggaran, kita bagi kebebasan tetap jugak ada yg tak puas hati.

Selama ni aku fikir OK je. Sekali terbaca skrip sembang maya kat pc ofis baru aku sedar begitu pulak ceritanya.

Tegur baik2 walaupun rasanya kesalahan yg tak patut berulang, tapi kata di belakang mcm aku ni meradang terbalikkan meja.

Nak aje aku cili sekor2 mulut baru tahu.

Selepas insiden ini aku mula berfikir tentang diri sendiri.

Aku tahu aku bukan lah kegemaran semua org, tapi aku dah kena bergaul lebih luas lagi dengan jabatan-jabatan lain. Itu yg dengan anak ikan sekor ni pun aku dah kamceng sikit. Boleh dapatkan cerita-cerita di luar dari jabatan sendiri.

Bagi staff aku yg mengata bukan-bukan tuh kita tunggu saje lah balasannya nanti. Aku rasa bukan tunggu lah mmg dah ada yg aku nak nampak tuhan bayar cash.
Be scared of the silence of someone you've hurt. Because if he/she didn't say or do anything in return, Allah will
              - Anonymous.
Ingat tuh... Jangan sedap cakap aje mulut tuh. Esok2 sendiri kena, baru padan muka.

Comments

Popular posts from this blog

Oh Pietro Boselli

Masa mula diperkenalkan, lebih kurang setahun yang lalu oleh seorang kenalan dari mIRC, abang rasa mamat Pietro Boselli ni lah lelaki paling kacak di dunia (tolak Jesse Metcalfe) Agak-agaklah kalau dibandingkan dengan nabi Yusof, berapa lah peratus ketampanan* yang dianugerahkan tuhan pada Pietro Boselli nih yg juga merupakan bekas prof matematik. Dah le ada rupa yang menarik, tubuh yang sador, bijak pulak tuh. Pendek kata, pakej dia ni lengkap! Berbekalkan pakej yg ada Pietro Boselli ni pun bertukar kerjaya menjadi model pula. Tuah badan kan? Bergambar pakai seluar dalam aje dah boleh bikin duit. Agaknya kalau abang gila-gila pos gambar berbikini, apa akan jadi? Abang yakin 10 dari 10 netizen akan kecam tindakan abang tuh. Entah2 tular dan dimalukan di dunia maya. Parodi menyusul dan bermacam belog akan kongsi gambar tuh... Kalau Pietro Boselli lain lah kan? Abang ada lah jugak mengikuti instagram Pietro Boselli ni. Baru-baru ni pula melanggan pada akaun yout...

Love, Rosady

Baru abang berkesempatan tengok citer ni sesambil tunggu waktu berbuka petang semalam. Jalan citer biasa je kut, dilema remaja nak mendedahkan identiti gaynya disulam dengan misteri crush melalui emel. Yg abang tergoda nak tgk citer ni sebenarnya tidak lain tidak bukan sbb pelakon utama yg memegang watak Simon tuh, Nick Robinson. Merembeskan hormon testosteron setiap kali Nick Robinson keluar di skrin. Taste betul abang dengan budak ni sejak tgk dia berlakon dalam Jurassic Park. Geram je! Tak silap dalam tiga filem dah abang tgk lakonan dia ni. Yg satu lagi tu abang dah lupa. Walaupun watak Nick Robinson dalam filem ni gay, tapi dia sebenarnya normal. Lelaki lurus. Aisehmen gigit jarilah abang2 top kat luar sana ya. Takpe jangan sedih2 sgt... dapat tgk dia topless dlm filem ni pun cukuplah utk stok lancap di kala ke gersangan. Hahahaha... 6.3/10

Ronie Palermo

Lepas gugel kecemasan tadi akhirnya jumpa jugak nama jejaka berbonjolan ghairah dalam entri sebelum nih. Namanya, seperti yg tertera pada tajuk entri hari nih. Subuh-subuh tu hapdet belog... Wakakaka... Tak banyak yg aku boleh kutip pasal jejakal jambu bertubuh kekar nih. Rasanya cukuplah dulu gambar ni buat pemuas visual dan ingin tahu... Hiks. Kalau sesiapa ada maklumat tentang anak ikan nih kongsi2 kan di ruang komen ya. Untuk itu, sekali lagi abang tinggal korang dan ketemu lagi di entri akan datang yg entah bila lagi nak hapdet kannn... Abang janji akan jenguk2 selalu sini ya.