Skip to main content

Belog Baru

Kenapa bukak belog baru?

Ada banyak sebab. Antaranya bagi mengelak orang yg pernah hancurkan harapan aku baca isi hati aku.

Meluah di belog ni kadang-kadang boleh juga mengundang pembaca yang tak diingini. Dalam diam orang yang kau tak mahu tahu pasal hidup kau, rupa-rupanya mengikuti setiap entri yg kau pos.

Bengkak jugak hati bila tahu.

Jadi dengan belog baru ini aku akan buat identiti samaran. Dalam ni aku nak maki apa, luah apa lantak lah sebab takde saper yg akan tahu aku siapa.

Kalau rasa nak teka aku siapa, tekalah. Aku pesan awal-awal ni, teka boleh tapi takde hadiah.

Itulah aku ni, huhahuha macam "oh dunia lihatlah aku", hakikatnya aku bukanlah suka membuka cerita tentang diri sendiri.

Contohnya, bila aku bersuara tentang apa yang terbuku di hati, mengupas dengan secara terperinci di sini itu tidak bermakna aku akan selesa orang lain membincangkannya.

Apa yg ditumpahkan di sini, biarlah habis di sini.

Kalau aku tak suka berbicara secara terbuka jadi kenapa aku tak selesa membincangkannya dengan orang lain?

Sebab aku tak selesa tu lah yg menyebabkan aku mencari saluran lain untuk meluahkan perasaan.

Kiranya berbelog ni semacam terapi jugaklah bagi aku. Merungkai kekusutan fikiran dalam prosa.

Harapan aku, bila sampai waktunya, tulisan aku ni bisa menyentuh hidup pembaca, membantu pembaca melihat ke diri sendiri, yg kita pada dasarnya sama sahaja.

Comments

Popular posts from this blog

Oh Pietro Boselli

Masa mula diperkenalkan, lebih kurang setahun yang lalu oleh seorang kenalan dari mIRC, abang rasa mamat Pietro Boselli ni lah lelaki paling kacak di dunia (tolak Jesse Metcalfe) Agak-agaklah kalau dibandingkan dengan nabi Yusof, berapa lah peratus ketampanan* yang dianugerahkan tuhan pada Pietro Boselli nih yg juga merupakan bekas prof matematik. Dah le ada rupa yang menarik, tubuh yang sador, bijak pulak tuh. Pendek kata, pakej dia ni lengkap! Berbekalkan pakej yg ada Pietro Boselli ni pun bertukar kerjaya menjadi model pula. Tuah badan kan? Bergambar pakai seluar dalam aje dah boleh bikin duit. Agaknya kalau abang gila-gila pos gambar berbikini, apa akan jadi? Abang yakin 10 dari 10 netizen akan kecam tindakan abang tuh. Entah2 tular dan dimalukan di dunia maya. Parodi menyusul dan bermacam belog akan kongsi gambar tuh... Kalau Pietro Boselli lain lah kan? Abang ada lah jugak mengikuti instagram Pietro Boselli ni. Baru-baru ni pula melanggan pada akaun yout...

Love, Rosady

Baru abang berkesempatan tengok citer ni sesambil tunggu waktu berbuka petang semalam. Jalan citer biasa je kut, dilema remaja nak mendedahkan identiti gaynya disulam dengan misteri crush melalui emel. Yg abang tergoda nak tgk citer ni sebenarnya tidak lain tidak bukan sbb pelakon utama yg memegang watak Simon tuh, Nick Robinson. Merembeskan hormon testosteron setiap kali Nick Robinson keluar di skrin. Taste betul abang dengan budak ni sejak tgk dia berlakon dalam Jurassic Park. Geram je! Tak silap dalam tiga filem dah abang tgk lakonan dia ni. Yg satu lagi tu abang dah lupa. Walaupun watak Nick Robinson dalam filem ni gay, tapi dia sebenarnya normal. Lelaki lurus. Aisehmen gigit jarilah abang2 top kat luar sana ya. Takpe jangan sedih2 sgt... dapat tgk dia topless dlm filem ni pun cukuplah utk stok lancap di kala ke gersangan. Hahahaha... 6.3/10

Ronie Palermo

Lepas gugel kecemasan tadi akhirnya jumpa jugak nama jejaka berbonjolan ghairah dalam entri sebelum nih. Namanya, seperti yg tertera pada tajuk entri hari nih. Subuh-subuh tu hapdet belog... Wakakaka... Tak banyak yg aku boleh kutip pasal jejakal jambu bertubuh kekar nih. Rasanya cukuplah dulu gambar ni buat pemuas visual dan ingin tahu... Hiks. Kalau sesiapa ada maklumat tentang anak ikan nih kongsi2 kan di ruang komen ya. Untuk itu, sekali lagi abang tinggal korang dan ketemu lagi di entri akan datang yg entah bila lagi nak hapdet kannn... Abang janji akan jenguk2 selalu sini ya.