Mana satu pilihan korang?
Semuanya macam sedap-sedap belaka susah nak pilih. Dari empat-empat ni satu aje yg aku kenal nama yg lain tak.
Yang paling hujung belah kanan tu Jac Roberto. Pelakon dan model pinoy. Muka jambu berasetkan sixpack yg mantap. Gambar dia tak cun kalau berbaju. Kalau tak berbaju terus meleleh tengok... Hahaha...
Neways, aku pilih yg dua dari kiri... Entah muka dia tuh sesuatu lah. Macam comel aje. Kalau takde jambang mesti jambu air ni.
Menurut angkel gugel, nama jambu tu ialah Ken Chan.
Heh... sedikit tergelak aku.
Ken Chan? Nak dekat dah dengan nama Sin Chan. Sedara ker?
Apa pun kita tinggalkan dulu adik Ken Chan bermain air di kolam renang. Aku nak cerita kisah aku petang tadi.
Aku terlanggan postpaid Digi yg INFINITE 150 tuh.
Sangap agaknya tak dapat lubang Digi jadi galang gantinya... Wakaka...
Lama dah tau tawaran Digi nih yg didakwa khas atas talian sahaja.
Keinginan utk mendapatkan plan yg tidak berkuota mmg sudah jadi idaman dari dulu lagi. Bila dah ada tuh, mmg cepat2 nak grab tapi bila difikirkan dah ada jalurlebar berkuota besar hasrat tu mati begitu sahaja.
Fikir dah habis promosi Digi ni tapi rupanya masih ada lagi.
Entah petang tadi apa yg merasukku, dengan bbrp sentuhan pada skrin henfon aku pun memesan plan dari OCS Digi.
Dalam hati punyalah girang sbb lepas ni dah boleh hentaikan layan youtube ke apa tanpa fikir kuota nak habis.
Tapi tu lah kena baca the fine print.
Biarpun kelajuan dan kuota sesuka hati kau nak guna mcm mana, namun peer-to-peer download dihadkan ke 64kbps sahaja.
=,=
Why lahhhh kan????
Nak tak nak nampak gaya aku kena main torrent dengan jalurlebar sedia ada lah. Elok-elok boleh siap dlm 15 minit jadi berjam kalau dihadkan kelajuan begitu.
Apa pun aku kena tunggu proses peralihan plan dari prepaid ke postpaid. Dalam halaman sesawang Digi kata prosesnya berlangsung dalam 2 hari bekerja.
Aku rekues peralihan tanpa simkad baru.
Kebanyakan kuota yg aku nak pakai nanti ni pun bikin layan Netflix dan Iflix jugak. Aku pula jenis yg suka buat video. Paling-paling sebulan mesti aku naikmuatkan satu video.
Utk HunkyRosady aku tak tau lah lagi aku nak buat vlog ke tak.
Itu kita tengok lah keadaan kay.
Comments
Post a Comment