Skip to main content

Tipah Tertipu


Ni saje lah nak bagi tau dunia pakej kita baik punya kan?

Entah gambar sape ntah yg dicilok bikin gambar profail. Terus berjejeran lah komen mengulas hal benjolan dari seksi ke cute.

Itu belum tunjuk muka lagi... Kalau dah tunjuk muka tak tahu lah. Berduyun-duyun agaknya lelaki-lelaki berahi komen.

Tau jelah akaun pesbuk, byk palesu dari yg betul. Akaun ni mungkin salah satunya.

Aku pun pernah jugak tipu-tipu gambar profail nih. Pandai ambil sudut, godek-godek sikit, hah, nampaklah kacak dari org sebenar.

Org sebenar tak payah cakaplah. Budak kecik pun meraung kalau nampak... Hahaha... Makan budak!

Tapi tidak sedikit yg tertipu. Dari syok sendiri, senarai kawan bertambah. Untung sabut timbul. Ada jugak yg sangkut dan meluah perasaan.

Bila difikir-fikir balik, lucu pulak.

Kadang-kadang tuh timbul jugak rasa bersalah, malu dan poyo toksah lah cakap mmg terserlah.

Dari ramai-ramai yg jatuh hati dengan profail aku tuh, ada le jugak yg terus menghantui fikiran sampai skrg.

Kalau dua tiga bulan, boleh lah layan, Ini dah masuk lima tahun, beb!

Diikutkan bukannya cinta sangat pun baru dalam proses nak kenal2.

Bersms tu mmg tak terkira tapi jumpa hanya sekali.

Skrg aku pun tak berapa jelas mcm mana cerita ni bermula. Macam mana bertemu di pesbuk.

Yg aku ingat member tu minat kat aku. Yg suka kita ni pulak boleh tahan jambunya. Itu yg memula je jual mahal, hujung2 mengalah jugak.

Dunia maya ni banyak muslihat dan penipuannya. Aku sendiri pun asalnya takde lah percaya seratus peratus mamat tu suka aku. Setuju je terima, tapi hakikatnya tak yakin sepenuhnya. Baru nak kenal-kenal tak salah jugak kan?

Diingat balik, entah apa2 lah jugak yg dibualkan. Berjela-jela SMS tak pandai sudah2. Menggangu tidur dan mengurangkan kredit.

Bulan kedua dah mula nampak yg tak indah dari yg indah. Dari cinta ke hujung nyawa berubah ke cinta tak ke mana...

Dah benda asasnya tipu, mmg tak kekal lah.

Kalau cerita tu habis di situ, tak pe lah. Ini ada lagi musim kedua. Aku pergi jumpa pulak. Sbb lepas lebih kurang seminggu tak bertegur sapa kitorang mesra kembali.

Dari situ keadaan makin bergelombang. Bukan makin suka ke apa, aku tak rasa apa2 pun masa jumpa. Kalau cenggini elok kawan aje lah.

Entah mana silapnya si kawan respon lain pulak. Dia bengang kena tolak ke atau dia rasa tertipu aku pun tak berapa pasti.

Tak silap lepas tu aku memilih utk berhenti berhubungan dengan dia. Tak mo dah kena kontek2. Kononnya for the best lah.

Tapi mamat ni tak reti bahasa.

Dalam 3 tahun pertama tuh, dia masih lagi kontek2. Di belog pun ada jugak dia tinggalkan komen. Di pesbuk ada dia mesej.

Aku tak rasa apa-apa yg spesel pun dia carik-carik aku tuh. Makin dia carik aku, makin aku naik menyampah. Malu pulak makin menebal.

Sudahnya aku tekad sekat dia di pesbuk, Belog terus aku tutup dari khalayak umum.

Untuk dua tahun terakhir ni, okeylah berkesan. Dah tak mesej2. Tapi yg hairannya di fikiran selalu terpacul wajahnya.

Aku pun tak pasti apa lagi yg tak setel antara kami. Kita pun dah nak mengorak langkah ke tahun 2020. Takan itu aje dlm fikiran aku kan?

Mahu tak mahu, benda ni kena setel jugak.

Comments

Popular posts from this blog

Oh Pietro Boselli

Masa mula diperkenalkan, lebih kurang setahun yang lalu oleh seorang kenalan dari mIRC, abang rasa mamat Pietro Boselli ni lah lelaki paling kacak di dunia (tolak Jesse Metcalfe) Agak-agaklah kalau dibandingkan dengan nabi Yusof, berapa lah peratus ketampanan* yang dianugerahkan tuhan pada Pietro Boselli nih yg juga merupakan bekas prof matematik. Dah le ada rupa yang menarik, tubuh yang sador, bijak pulak tuh. Pendek kata, pakej dia ni lengkap! Berbekalkan pakej yg ada Pietro Boselli ni pun bertukar kerjaya menjadi model pula. Tuah badan kan? Bergambar pakai seluar dalam aje dah boleh bikin duit. Agaknya kalau abang gila-gila pos gambar berbikini, apa akan jadi? Abang yakin 10 dari 10 netizen akan kecam tindakan abang tuh. Entah2 tular dan dimalukan di dunia maya. Parodi menyusul dan bermacam belog akan kongsi gambar tuh... Kalau Pietro Boselli lain lah kan? Abang ada lah jugak mengikuti instagram Pietro Boselli ni. Baru-baru ni pula melanggan pada akaun yout...

Love, Rosady

Baru abang berkesempatan tengok citer ni sesambil tunggu waktu berbuka petang semalam. Jalan citer biasa je kut, dilema remaja nak mendedahkan identiti gaynya disulam dengan misteri crush melalui emel. Yg abang tergoda nak tgk citer ni sebenarnya tidak lain tidak bukan sbb pelakon utama yg memegang watak Simon tuh, Nick Robinson. Merembeskan hormon testosteron setiap kali Nick Robinson keluar di skrin. Taste betul abang dengan budak ni sejak tgk dia berlakon dalam Jurassic Park. Geram je! Tak silap dalam tiga filem dah abang tgk lakonan dia ni. Yg satu lagi tu abang dah lupa. Walaupun watak Nick Robinson dalam filem ni gay, tapi dia sebenarnya normal. Lelaki lurus. Aisehmen gigit jarilah abang2 top kat luar sana ya. Takpe jangan sedih2 sgt... dapat tgk dia topless dlm filem ni pun cukuplah utk stok lancap di kala ke gersangan. Hahahaha... 6.3/10

Ronie Palermo

Lepas gugel kecemasan tadi akhirnya jumpa jugak nama jejaka berbonjolan ghairah dalam entri sebelum nih. Namanya, seperti yg tertera pada tajuk entri hari nih. Subuh-subuh tu hapdet belog... Wakakaka... Tak banyak yg aku boleh kutip pasal jejakal jambu bertubuh kekar nih. Rasanya cukuplah dulu gambar ni buat pemuas visual dan ingin tahu... Hiks. Kalau sesiapa ada maklumat tentang anak ikan nih kongsi2 kan di ruang komen ya. Untuk itu, sekali lagi abang tinggal korang dan ketemu lagi di entri akan datang yg entah bila lagi nak hapdet kannn... Abang janji akan jenguk2 selalu sini ya.