Skip to main content

Sweet Crush

Lama benar dah tak rasa betapa manisnya "crush" kat someone.

Gelabah bila bertentang mata. Berdebar bila dia berdekatan.

Pura-pura tak nampak walaupun berselisih padahal dalam angan-angan rasa mcm nak berpegangan tangan.

Jangankan dia tegur "hai", dia lemparkan senyuman pun kita basah.

Ramai-ramai orang dari jauh kau dah boleh cam dia. Dari jauh kau memerhati setiap gerak dan gelaknya. Oh itu macam baju yang dia pakai minggu lepas lah! Oh comelnya bila dia mengelak dari di langgar orang.

Pendek kata, segalanya kau nak analisa.

Lagi seronok bila kau boleh kongsi perasaan minat kau tuh dengan seorang kawan yg memahami. Kembang kempis dada bila member umumkan, "eh tu dia..."

Bila dah wujud media sosial lagi seronok, boleh minat dan stalk terus kegiatan sang "crush".

Pernah lah satu kejadian nih ada satu mamat termasuk bilik hotel yg aku inap. Terkejut beruk jugaklah aku masa tu lagi-lagi bila memikirkan keadaan aku masa tuh.

Tengah buang air kecil dengan hanya memakai boxer.

Dah takde sapa kat bilik hotel takan aku nak tutup jugak pintu toilet kan?

Nasib jugaklah pintu bilik aku double lock. Takle mamat tu masuk terus menyapa dalam bilik. Kalau tidak kompom malu habis.

Tapi nak malu buat apa, kita kan sesama lelaki?

Takde maknanyer. Kalau dah hensem tu kompomlah mata kau akan tertancap kat dia. Dalam hati kurelakan saje apa yg ternampak.

Korek2 dari kaunter aku dapat nama mamat tuh. Nasib jugaklah dia guna nama betul di pesbuk. Maunya dia guna nama Mat Sentol ke kompom lah sampai mati aku tak jumpa.

Nak "add as friend" tu ketara sangat lah kan. Asal dapat nengok2 gambar dia pun jadilah. Umur pun muda lagi, rasa macam tak sesuai sangat nak pursue sekalipun kalau dia suka terung.

Cukup jelah aku simpan kejadian tu sebagai igauan yg singkat tapi manis. Bekal sedatif dikala aku stress.

Harap kita tidak bertemu lagi Michael. Dan aku doakan agar kau bertemu dengan org yg akan membahagiakan kau.

Begitulah ayat-ayat orang "crush", makan hati... Hahahaha...

Tapi kalau "crush" yg kau terpaksa jumpa hari-hari macam mana tuh? Lagi siksa kan?

Comments

Popular posts from this blog

Oh Pietro Boselli

Masa mula diperkenalkan, lebih kurang setahun yang lalu oleh seorang kenalan dari mIRC, abang rasa mamat Pietro Boselli ni lah lelaki paling kacak di dunia (tolak Jesse Metcalfe) Agak-agaklah kalau dibandingkan dengan nabi Yusof, berapa lah peratus ketampanan* yang dianugerahkan tuhan pada Pietro Boselli nih yg juga merupakan bekas prof matematik. Dah le ada rupa yang menarik, tubuh yang sador, bijak pulak tuh. Pendek kata, pakej dia ni lengkap! Berbekalkan pakej yg ada Pietro Boselli ni pun bertukar kerjaya menjadi model pula. Tuah badan kan? Bergambar pakai seluar dalam aje dah boleh bikin duit. Agaknya kalau abang gila-gila pos gambar berbikini, apa akan jadi? Abang yakin 10 dari 10 netizen akan kecam tindakan abang tuh. Entah2 tular dan dimalukan di dunia maya. Parodi menyusul dan bermacam belog akan kongsi gambar tuh... Kalau Pietro Boselli lain lah kan? Abang ada lah jugak mengikuti instagram Pietro Boselli ni. Baru-baru ni pula melanggan pada akaun yout...

Love, Rosady

Baru abang berkesempatan tengok citer ni sesambil tunggu waktu berbuka petang semalam. Jalan citer biasa je kut, dilema remaja nak mendedahkan identiti gaynya disulam dengan misteri crush melalui emel. Yg abang tergoda nak tgk citer ni sebenarnya tidak lain tidak bukan sbb pelakon utama yg memegang watak Simon tuh, Nick Robinson. Merembeskan hormon testosteron setiap kali Nick Robinson keluar di skrin. Taste betul abang dengan budak ni sejak tgk dia berlakon dalam Jurassic Park. Geram je! Tak silap dalam tiga filem dah abang tgk lakonan dia ni. Yg satu lagi tu abang dah lupa. Walaupun watak Nick Robinson dalam filem ni gay, tapi dia sebenarnya normal. Lelaki lurus. Aisehmen gigit jarilah abang2 top kat luar sana ya. Takpe jangan sedih2 sgt... dapat tgk dia topless dlm filem ni pun cukuplah utk stok lancap di kala ke gersangan. Hahahaha... 6.3/10

Ronie Palermo

Lepas gugel kecemasan tadi akhirnya jumpa jugak nama jejaka berbonjolan ghairah dalam entri sebelum nih. Namanya, seperti yg tertera pada tajuk entri hari nih. Subuh-subuh tu hapdet belog... Wakakaka... Tak banyak yg aku boleh kutip pasal jejakal jambu bertubuh kekar nih. Rasanya cukuplah dulu gambar ni buat pemuas visual dan ingin tahu... Hiks. Kalau sesiapa ada maklumat tentang anak ikan nih kongsi2 kan di ruang komen ya. Untuk itu, sekali lagi abang tinggal korang dan ketemu lagi di entri akan datang yg entah bila lagi nak hapdet kannn... Abang janji akan jenguk2 selalu sini ya.