Anak ikan mana pulak yg aku nak citer malam ni? Mamat ni lah yg aku cam melalui gambar seorang kenalan di pesbuk.
Yg kenalan tu tak pernah jumpa. Tapi yg ni ntah brp byk kali dah.
Alkisahnya, aku komen lah gambar kenalan tuh kata mamat yg pose sebelah dia tu macam kenal. Balik-balik macam kenal, macam dah jadi ayat pick up lah pulak kan???
Sejujurnya mmg betul pun macam kenal cuma tak ingat di mana nampak.
Si kawan pun bagi hint.
Perah-perah otak rupanya mamat yg bergambar ala2 model gitu kerja kat 7E ha... Patutlah familiar kan?
Tengok budak ni mcm taste jugak tapi kita pass je lah kali ni yea.
Kalau ada jodoh tu lain lah kan. Memang akan pandai datang sendiri.
Jodoh tak jodoh, kita ketepikan dulu sebab aku nak kongsi satu benda.
Di awal pembukaan belog ni aku ada kongsikan rancangan bercuti-cuti ke taman marin Tunku Abd Rahman.
Utk pengetahuan, aku dah tunda rancangan tu ke bulan Julai.
Aku tengok member2 lain dah berlumba-lumba ke taman marin tuh siap dengan deron bagai lagi. Aku baru rancang dah tunda pulak.
Keadaan kewangan tak begitu mengizinkan. Pembelian gajet yg berlebihan bbrp bulan terakhir mengakibatkan poket aku bocor besar.
Hutang piutang, bil segala dan makan minum tu masih tertanggung lagi, cuma bab nak menyimpan tuh yg tertangguh tiga bulan nih. Diikutkan dah empat bulan, kalau kira bulan ni sekali!
Aku pun tak nak lah berulang zaman gelap habis bayar semua tinggal RM20 aje dalam poket. Pinjam sana pinjam sini nak bagi cukup.
Masa senang lah nak ingat masa susah. Jangan pulak dah susah baru nak ingat masa senang yea dok?
Comments
Post a Comment